
pagi ni aku sampai awal di warong tipah. aku pesan kopi janda dengan roti telor. ubah selera la sikit. kelmarin baru jual getah.
sedang aku mengelamun menanti pesanan sampai, sampai empat orang warga emas duduk disebelah ku.mereka memanggil tipah. sementara menanti tipah datang mereka berbisik-bisik dan kemudian ketawa berderai, mungkin mengata sesuatu tentang tipah. maklumlah lelaki ni makin tua makin menjadi sedikit gatal.
kemudian aku mendengar mereka berbicara.
" lompat lagi?"
" apa tu?"
" ni wakil rakyat keadilan sungai petani ni!"
" la......bukan lompat lagi...lompat dah!!!"
" kenapa kata begitu?"
" kan dulu digugurkan dari jawatan EXCO negeri Kedah!!"
" oooo!!!!tentu ada cerita kalau tidak takkan nak digugurkan?"
" ni la yang kita pusing. dulu masa kempen macam-macam janji nak buat, nak bela rakyat. baru kena ambil balik jawatan exco dah latah"
" macam ni bukan wakil rakyat ........"
" dulu rakyat undi dia bukan kerana dia tetapi kerana dia mewakili keadilan. kalau diri dia tak ada apa yang menonjol kecuali dua buah kedai urut kaki. lepas jadi exco tambah dua lagi. tak ada lesen pula tu !!!!!!"
" hah !!!!!!!!!!"
tipah pula sampai dengan hidangan aku. mereka masih ghairah dengan topik mereka tetapi aku sudah tidak ada masa lagi.

Salam, selepas sorang keluaq barisan, ada 3 orang lagi yang duk nanti giliran dan kita tengok 3 orang ni sapa yang aku angkat tangan keluaq barisan lepas terus hilang. Takut tiba2 timboi bagi statement keluaq barisan pasai ketua platun tak pandai bagi arahan dan suara tak kuat.
ReplyDeletebaris, baris sedia...........hentak kaki