Pelanggan sudah hampir penuh dalam kedai tipah. Aku duduk di sebuanh meja kosong dan terus meminta makanan kegemaran ku, roti perata banjir. sebenarnya aku tidak perlu membuat pesanan lagi kerana tipah telah arif akan selera ku kecuali aku mahu mengubah selera.
sementara menanti hidangan sampai aku cuba memasang telinga mendengar perbualan rancak tiga orang pelanggan sebelah meja ku. rupanya mereka sedang mengutarakan hujah-hujah tentang apoco. aku tidak tahu apa itu apoco. tetapi aku jelas mendengar seorang dari mereka berkata apoco itu orang yahudi punya. kini syarikat itu telah dapat kontrak di bukit aman. Tapi pak menteri kata tak ada orang yahudi bekerja di bukit aman. Kata rakan yang seorang lagi tu, bukan soal orang yahudi bekerja di bukit aman tetapi syarikat yahudi yang dapat kontrak tu samalah seperti orang yahudi buat kerja di bukit aman. teman mereka menjawab kalau kerajaan bagi yahudi buat kerja tu maka bererti kita iktiraf yahudilah.
pesanan aku sampai. aku tak ada masa lagi nak dengar hujah mereka-mereka itu lagi. apoco tu apa dia. apoco na jang kut?

Maaf tuan.. Tapi tuan panglima guna gambar saya tengah bersilat tu sebagai profile picture... Takut orang tersalah anggap... Apa2 pun, t.kasih sebab berminat dgn gambar tu...
ReplyDelete